Wednesday, May 8, 2013

Lagi Cerita di Korea.

Salam kalian... :)

Sudah daku bilang, lepas update satu entry di belog, makanya untuk melihat daku update entry panjang lebar mencecah ke simen rumah sekali lagi adalah selepas selang sebulan lamanya. Iya, kau tak percaya, pergi bukak balik entry sebelum ni, dan tengok bila tarikh terakhir daku update belog.

Haa. Kan da bilang! :D 

Sebenarnyalah kan, malas nak menggodek semua album gambar dalap laptop sendiri untuk post entry baru, tapi bukan ke nak sambung cerita di Korea yang takhabis-habis lagi diceritakan untuk tontonan ramai? Makanyaaaa... demi kau semua, habis daku geledah laptop cari gambar di Korea sana! Hoi-hoi. Cepatlah cakap...

"Baik betullah Elie ni!" 

Hahahaha! :D

Okay, kisah disambungkan dengan lawatan ke Trick Eye Museum, Hongdae! Haa, bagi kau semua yang bagi jawapan betul dalam entry lepas, kau semua memang bijak! Kau semua pun mesti pernah pergi Korea kan? hihi. 

 Jakunnnn! 

Ala, Trick Eye Museum ni sebenarnya sama je dengan Trick Eye Museum yang ada kat I-City tu. Lebih kurang je dalamnya. Mungkin bezanya di Hongdae Korea ni, lebih banyak yang boleh buat kita rasa nak amek gambar banyak kali, sebab banyak benda pelik yang ada! Tapi kalau tak pergi Korea pun, kau pergi jelah I-City tu. Dapat jugaklah merasa macam mana perasaan bila masuk muzium ni kan? Pastu upload dalam Instagram. Sama je kan? :)

 Hai! :)

Tiada kereta tuk bawak kau jalan-jalan... Rumah pun aku tiada, adapun bapak punya... Lalalala~

Row-row-row your boat! :p

Metropolitan. ;)

Sebenarnya, daku tak pernah pun pergi muzium macam ni even kat Malaysia. Sebab tulah bila pergi Trick Eye Museum di Hongdae ni, dia punya kejakunan tu mencapai tahap gaban sikit. Haha. Tapi bukannya daku sorang yang ada rasa excited tu rupanya. Umi abah lagi lah double jakun masuk tempat yang sama! Haha.

Amboi abah. Kemain sexy tau! Haha

Surpriseeee! :D

 Depa pun nak suwit-suwit jugak. Hihi.

Maharaja dan Maharani. :)

Seronok jugak pergi Trick Eye Museum ni sebab dapatlah merasa lukisan 3D yang ada kat dalam tu. Susah kan nak jumpa lukisan 3D kat mana-mana. Tulah sebabnya bila daku dah 'merantau' ke negeri orang ni, merasa sebaik-baiknya peluang yang ada! Tak gitu? :)

 I Love You dalam pelbagai bahasa! :)

Skodeng duit berlambak. Adik-adik. Please don't try this at home! :D

Perompakkk besar! Haha

Kat sana bukan saja dapat amek gambar banyak-banyak, tapi dapat main macam-macam game contoh treasure hunt. Kalau nasib kau baik, dapatlah ole-ole dari Trick Eye Museum ni. Ehem! Daku dapat tau! Tuah badan kata orang. :D

Dapat Cekelat dengan poskad pun jadilah. Siapa nak bagi percuma, ye dok? Hihi

Lepas ke Trick Eye Museum, mari daku bawak kau semua ke Cheonggyecheon Stream pulak. Salah satu tempat menarik yang daku rasa kerajaan Malaysia perlu buat macam Korea buat. Tapi sebelum sampai ke Cheonggyecheon Stream, mari amek gambar di Mercu Tanda Korea dahulu. Hihi.

Nak suruh orang Korea yang tolong tangkapkan gambar kami sekeluarga takdelah sukar mana. Hulur je mereka kamera, pandailah dia main kamera tu. Takpayah susah-susah nak cakap pelat bahasa Korea dengan mereka. Nanti kena gelak, buat malu je. :)

Dan bila dah puas tangkap gambar berlambak-lambak, barulah kita menuju ke Cheonggyecheon Stream. Hah. Kat Cheonggyecheon Stream sumpah tak hingat sejuknya macam mana sebabnya kan waktu kami pergi tu, salji turun macam main-main je. Tapi disebabkan Cheonggyecheon Stream adalah sungai, makanya air di sana kemain lagi kau sejuk! Angin pun sejuknya sampai menikam tulang! 

Sarang-Hae! <3

Nampak beku? Daku dah bilang tadiiii! Haahah.

Dinasihatkan pada sesiapa yang tak tahan sejuk tu, mohon bawa baju sejuk, sarung tahan lebih dan ubat-ubatan seperti minyak panas untuk sapuan. Bukan apa, untuk mengelakkan kekejangan terlampau pada urat dan sendi dalam badan. :)

Heartbeat! :)

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Cheonggyecheon Stream ni, elok lah kau tekan sini. Itu yang daku cakap,  Malaysia kalau ada tempat beriadah begini, pastilah seronok tak hingat. Sungai panjang kat Masjid Jamek tu, rasanya tempat paling sesuai kan? Macam-macam boleh buat kalau ada tempat macam ni. Boleh buat tumpuan pelancong jugak. :)

Sudah kahwin. Bujang. Bakal kahwin. :D

Okay. Cukup cerita di Cheonggyecheon Stream. Mari gerak ke Istana Changdeokgung.


 Sebenarnya Istana Changdeokgung ni adalah istana lama yang menjadi tempat maharaja dan maharani Korea zaman dahulu kala menginap. Dalam istana ni jugak kau boleh tengok bilik dan tempat-tempat yang digunakan oleh maharaja Korea pada waktu dulu. Kiranya Istana Changdeokgung ni adalah tempat bersejarah di Korea lah! 

Tapi kalau nak tau pasal sejarah Istana Changdeokgung ni, kau pergi lah ketuk pintu Tan Sri Google okay? hihi. Dan disebabkan sekarang dah takde maharaja dan maharani, jadiknya Istana ni dijadikan tempat tumpuan pelanconglah. Sebab tu jugaklah daku datang situ, sebab daku kan pelancong! Eh? Haha.

 
Pelanconggggg sangattttttt! :D

Walaupun dah lama takde orang guna istana ni sebagai tempat persinggahan, istana ni maish sangat cantik sebab ukiran yang dibina pada batu-batu dan kayu istana nampak klasik dan masih kukuh lagi. Ada beberapa tempat dalam istana yang tak diberi masuk, mungkin atas sebab nak menjaga peralatan yang ada di dalamnya, tapi dapat amek gambar dan posing sana sini sket, jadiklah kan? :p

 
Tak boleh masuk, jadi bertapa lah kau! Haha. 

Istana Changdeokgung ni sangat besar tempatnya. Luasnya memang tak terkata. Dan kami tak sempat nak tawaf seluruh Istana pun sebabnya penat membawa baju sejuk yang berat di badan dan angin sejuk yang pada waktu tu mencapai -9 celcius! Owh. waktu tu jangan cakaplah macam mana berair hidung dan menggeletar satu badan! Haaa..

Jatuh cinta dengan bukit kat belakang tu. ;)

:)

Paling menarik bila kami melawat istana ni dulu, dapat pulak tengok sesi pertukaran pengawal yang menjaga Istana Changdeokgung. Bukan senang nak tengok kan. Nak-nak lagi berada di tempat orang. Menggeletar jugak kaki dan lutut bila berdiri sebelah pengawal istana yang muka persis pemain badminton, Lin Dan tapi versi garang dan bermisai! Haha.

Teringin nak cakap "Whats up General!!", tapi takuttttt! :D

Untuk tak menghampakan kau semua, adalah cenderahati daku bawak dari istana. Tak lain tak bukan pastilah rakaman pertukaran pengawal istana. Hoi. Siap bukak sarung tangan semata-mata nak rekod video buat tatapan kau semua! Gigihh gila! haha

Dipersilakan menonton ya donggg! :)


Best kan? :D

Dan hari-hari kemudian kami di bumi Korea adalah menghabiskan waktu dengan berjalan dan mencari barangan untuk dijadikan cenderamata pada mereka yang berada di Malaysia. Sambil-sambil tu, amek gambar gedik-gedik untuk masuk dalam belog sendiri. Ceh. Klise sangat ayat tu Elie. Haha.

 
Masjid besar di Itaewon. Inilah masjid yang abah dirikan solat Jumaat! :)

Yang dibelakang tu adalah Universiti Ewha, iaitu universiti untuk pelajar perempuan sahaja! Kalau pegi situ, ramai Hot Chick! :P

Borong jangan tak borong! Owh. Makcik ni sangat best! Dia bagi daku dan keluarga harga barang-barang yang dijual baikkkk punya! Kamsahamida Ajuma! :D

Pasar Namdaemon! 

Peh! Di Namdaemon sumpah sangat best! Sebab banyak barang murah daku boleh dapat! Kalau di Malaysia, seluar warna warni dijual dengan rm60 ke atas, di Korea boleh dapat rm15 sahaja! Syurga-syurga! Hihi. 

Myeondong! 

Myeondong adalah tempat membeli belah yang agak mahal jugak kalau nak cari barang-barang. Tapi seronok sebab suasananya hidup sentiasa! Kalau nak cari pusat Kosmetik berjenama, macam Etude House, FaceShop dan semua tu, di Myeondong adalah tempat paling sesuai untuk kau semua. :)

Pusing sana pusing sini, kalau tak beli, tipulah kan. Nak pulak berjalan di Korea. Beli tak banyak pun. Memang tak banyak lah! Betul tak banyakkk. tak banyakkkkk!!

 
TAK BANYAKKKKKK?!!!!!

Dalam tak banyak pun, KOPAK jugak poket! Haiyooo! Barang-barang di Korea cantik-cantik, tapi mahal jugak sebenarnya. rm10 dia, bersamaan rm30 kita. Mahal kan? Sebab tu daku cakap, kalau kau semua nak pergi sana, makesure shopping dekat tempat yang murah! Macam tu barulah tak kering poket! :))

Kalau pergi Korea tapi tak singgah Gangnam tak sah lah kan? Kata nak cari little Psy. Hihi. Tapi di Gangnam tiada apa pun di sana melainkan bangunan-bangunan tinggi dan orang sekitarnya aala masyarakat yang berkerjaya. Senang cerita, Gangnam hanyalah bandar mewah dan tempat orang sibuk. Hihi

Awek Gangnam Style! :D

Dan dah sampai Korea, kalau asyik makan megi mee je pun, boring jugak kan? Sekali sekala pergilah keluar makan di restoran-restoran halal yang ada. Tak susah nak cari sebab masyarakat Islam ada di mana-mana kan? Restoran Halal pun mestilah ada jugak. Jadi takpayah ragu-ragu kalau nak cari makanan halal di Korea. :)

Nasi Arab pun ada! :)

Tapi sepanjang berada di Korea dulu, adalah dalam 3 kali daku singgah di kedai ikan bakar yang terletak di bandar Dongdaemon. Woiiiishh. Ikan bakar dia sangat sodapppp! Makan panas-panas,  semangkuk nasi panas dihidangkan dengan kimchi, sup rumpai dan sayur goreng sudah cukup buat daku rasa nak tambah lebih dari 2 kali. hihi.

Ikan makarel bakar. Masih berasap lagi! :)

Sotong berlada. Feeling ala-ala macam makan nasi lemak sambal sotong gitu di Korea. Hihih.

Makan sampai TEMBAM! :D

Dalam banyak-banyak kedai makan yang daku pergi di Korea, kedai ikan bakar di Damdaemon ni lah yang tak jemu-jemu daku pergi. Ramai jugak orang Malaysia yang datang makan kat sini. Bukan sahaja sedap, tapi murah dan berbaloi. Paling penting, HALAL. :)

Makcik ni lah tauke kedai ikan bakar tu. Baik sangat! Last day pergi makan sana, dia bagi kami ikan bakar free 2 ekor! Rezeki! :))

Pusing sana sini, sampai taktau dah nak berjalan ke mana lagi. Tak larat badan nak hadap angin sejuk di Korea. Sampai hari terakhir kami di Korea, banyak masa dihabiskan untuk melawat dan berjalan di sekitar Itaewon sahaja. Kiranya area rumah lah. Lagipun dah macam-macam barang diborong di bandar Korea.. Takut pulak tak muat beg nak bawak balik Malaysia nanti. Haha..

kata umi...

"Duit ada lagi nak membeli? Kalau takde, bungkus beg, balik Malaysia!" 

Hahaha! 

So far, kembara di Seoul Korea sangat seronok, walaupun daku sampai demam-demam kena hadap angin dan salji di Korea, tapi bila lagi nak merasa kan? Nak belajar kat oversea sampai boleh main salji semua tu memanglah diri sendiri tak cerdik mana. Time-time beginilah nak kecap rasa bahagia masa muda remaja. Karang dah tua, payah pulak nak berjalan kalau anak dah lima! Haha

Sarang-hae Korea! :)

InsyaAllah, ada rezeki, akan daku jejak kembali ke Korea. Tapi nak tunggu duit dalam tabung berkepuk, mungkin lewat sikitlah. Harus kita berjalan di negara-negara yang dekat dulu. Ada bajet lebih, kita pusing jauh sikit! Jangan lupa.. saving untuk kawen jugak yang paling penting! Haha.

Yay! Dah gatai! :D

Kamsahamida and Goodbye Korea! :)

Terima kasih sudi baca entry kali ini...

InsyaAllah, ada kerajinan dapatlah kome-kome baca entry baru dari daku lagi! 

Assalamualaikum dan jaga diri!

Tehee! :D

p/s: Semalam cek tiket flight MAS, pergi balik Korea hanya berharga RM502! OMGEEE! :D

Wednesday, April 3, 2013

Separuh Cerita di Korea.

Salam kalian... :)

Entry yang lepas, bertarikh 3 Mac. Hari ini pulak 3 April. Sebulan yang lepas maknanya daku update belog. Haih. Maap beribu kali maap, tak dapat nak update belog untuk entry di Korea dalam masa yang singkat. Sibuk sangat sampai sekarang kena curik masa di library untuk post entry dan gambar di Korea. Dasar pelajar contoh! Kuikui!

Dan harapnya adalah yang menantikan entry baru dari daku. :p

Tapiiiiiii...

Entry kali ini mungkin dapat cerita tentang serba sedikit sahaja pengalaman berada di negara orang, InsyaAllah, ada masa, daku tambah lagi gambar dan cerita dari sana. Almaklum, busy bebenor sekarang! Teehee! :D

Okay. Cerita bermula ketika kami bertolak dari Korea adalah pada malam hari, dengan flight pada jam 12 pagi. Sudahlah 6 jam di dalam flight, mahu tak kematu pungkok! Nasib baik malam, boleh lah tidur-tidur ayam! Tapi sebelum bertolak, mula pikir macam-macam dalam kepala.

"Kat Korea nanti macam mana eh?"

"agak-agak dapat tak nak main salji?"

"Ada internet ke tak?"

dan Bla-bla-bla....

Dan mungkin jugak semua persoalan bernada risau! Ceh! haha

Sesampai di Korea, bercakap saja mulut dah berasap-asap. Agak jakun sebenarnya. Owh tak, bukan agak. tapi sangat jakun sbab first time tengok ada asap yang keluar dari mulut sendiri. HAHAHA!

Nasib baik sampai di Korea, ada van yang amek kami terus sampai ke rumah sewa. Sudahlah sejuk tak hingat! Waktu sampai, kami belum dapat merasa salji, tapi anginnya saja sudah sejuk sampai ke tulang! Owh, lupa cakap, kat sana, daku dan keluarga tak duduk hotel, sebab stay dalam masa yang agak lama kan. Selama hampir 2 minggu lamanya. Agak-agak kalau duduk hotel untuk tempoh tu, mahu tak beriban duit terbang melayang kan? Jadi duduk di rumah sewa sebab nak saving punya pasal!

Hey jangan lupa, pergi melancong ke mana-mana saja, saving tetap perlu ya kawan-kawan! HAHA!

Dalam van dah dapat jumpa Jun-Sang, pelakon draama Winter Sonata! Hebat pakcik van nih. Peminat setia JunSang ghupamya! Haha

 Depan rumah sewa di Korea. Pedulikkan selipar jamban yang tersarung di kaki. Pokoknya walaupun duduk sekejap di luar rumah, terus nak berlari masuk dalam rumah! Sejuknyaaa!

Kat sana, kami duduk di bandar Itaewon, Seoul. Seoul sangat besar, tapi kami pilih Itaewon sebab situ senang nak cari makanan halal. Pusing kiri kanan saja, pasti nampak kedai-kedai makanan halal. Mungkin sebab di sana seperti perkampungan orang Islam Korea. Siap ada kedai menjual nasi Arab lagik tau! Nampak saja seperti kampung, tapi, segala-galanya serba hebat! :)

Hari pertama dan kedua di Itaewon, kami takdelah terus bershopping sakan. Hanya berjalan sekitar Itaewon dan cari tempat-tempat menarik untuk kami cuci mata. Amboi, kalau nak shopping terus pada hari pertama, gila kentang! Simpan duit untuk hari-hari yang mendatang! Hihi. 

Malam hari di bandar Itaewon! :)

Sekitar rumah di Itaewon.

Jalan-jalan di Itaewon agak sempit sebenarnya dan nampak sangat tidak tersusun. Tapi tahu tak kau semua yang dalam setiap rumah, lengkap dengan kelengkapan wifi dan internet! Siap boleh online dalam jamban tau! Wooowwww!! :D

Dari pagi sampai malam, baju sejuk, snow cap, mafla dan boots perlu sentiasa tersarung pada badan ya? Kalau tak tahan sejuk tu, pakailah baju sampai 5 helai siap! Takut-takut beku nanti. :D  

Masuk hari ketiga, barulah salji turun. Waktu sampai di Itaewon, kami sudah diberitahu oleh tuan rumah, Miss Kim, yang mana salji takkan turun selalu sebabnya waktu kami pergi tu, bukkanlah musim Krismas. Jadi, awal-awal lagik umi dan abah dah pesan untuk tak berharap sangat untuk tengok salji turun. Takut kempunan.

Tapi mungkin rezeki daku dan keluarga, pada hari ketiga di Seoul Korea, kami dapat merasa salji turun dengan lebatnya! Waktu tu jugak merupakan Maulidur Rasul, jadi kami anggap ianya rezeki dan hadiah dari DIA untuk kami sekeluarga sempena Maulidur Rasul! Alhamdulillah! :)

Salji halus yang turun waktu subuh. :)

Mula-mula pegang salji, tak merasa sejuk sangat. Bolehlah pegang macam tu je dengan tangan tanpa pakai sarung tangan. Tapi kau tunggu satg! haaa!

Dan hari ketiga jugak sebenarnya kami sudah mula keluar dari bandar Itaewon. Plan pertama bila nak keluar dari Itaewon adalah untuk menjejakkan kaki ke Nami Island. Huh, nak pegi ke Nami Island dari bandar Itaewon agak jauh jugak sebenarnya. Perlu naik train yang mereka panggil Subway, sebelum naik feri dan teksi untuk sampai ke Nami Island. Perjalanan sebenarnya amek masa dalam sejam jugaklah, nak tukar transport semua, tapi nak berjalan punya pasal, layankan jelahhhhh~ Hihi

Ini gambar candid tau! Sempat tertido dalam train, bukan saja sebab dah makan ubat batuk, tapi sebab jauh sangat. Owh, dalam train pun boleh online, jangan tak tau tu. hihi.

Lepas tukar segala public transport, ingatkan dah sampai lah ke Nami Island, rupanya belum. Naik feri dan sempatlah tengok air di laut yang separa membeku akibat salji yang turun. Owh, mula-mula ingatkan salji turun halus-halus je, rupanya dah masuk tengah hari, lebatnya macam hujan dan banjir! Time tu barulah rasa nak menggigil satu badan! HAHA!

Tengok, dekat atas feri pun ada JALUR GEMILANG tau! Bangga!! :))

 Sebenarnya nak tunjuk yang salji kat belakang kami tu. Kalau boleh bukak mata tahap mega, mungkin bolehlah nampak air laut sudah separa membeku. Hee.

Bila dah sampai Nami Island, mulalah rasa macam tempat asing! Cantik sangat tempatnya! Selalu tengok dalam tv je Nami Island, sekali dapat pijak, rasa macam taknak balik pun ada! huuu!

 Nami Island! ;)

Rasanya ramai yang ingin ke Nami Island mungkin disebabkan pengaruh dari drama Korea, Winter Sonata. Itu yang jadik tempat tu sangat ramai dengan pelancong luar. Owh, dan sangatlah sejuk sampai ke tulang! Waktu tu salji dah turun bagai nak ghakkk! :)

Tak berani nak main salji tanpa pakai sarung tangan. Sebabnya salji-salji yang membeku boleh buatkan jari dan tangan sakit, ibarat macam kau main ais kepal keras yang jual kat kedai Mak Esah kat Malaysia tu. HAHA.


 Nampak tak tapak kaki sudah tenggelam dek salji yang tebal! :)

Salji tak turun dengan sekali harum saja, dia macam hujan jugak. Bila dia dah reda, dia turun lebat balik. Daku baru tahu ni bila dah tengok sendiri rupa salji yang turun masa dekat Nami Island tu. Ingatkan dia turun sekejap, lepas tu esok pulak dia turun balik. Rupanya dalam sehari, berapa kali dia nak turun, turunlah dia. Wah, boleh catit info ni dalam nota masing masing kan? haha. :p

First time kan? Jakun beberapa kali pun, kau semua janganlah pedulik! hihi

Tengok bukit di belakang tu, dah hampir dilitupi dengan salji yang turun.

Bila sejuk tu, kau paham-pahamlah. Perut memang sentiasa mintak diisi. Jadi, memang sudah menjadi tabiat daku dan keluarga, kalau pergi keluar ke mana-mana, memang kena ada kudap-kudap dalam beg. Kalau di Malaysia juga begitu, biskut atau kudap-kudap memang sentiasa ada dalam beg masing-masing. Dah kata satu keluarga ada penyakit gastrik. Buatnya sejuk-sejuk kena gastrik kat tempat orang, lain pulak citernya kan? Dah tu apa lagi? MAKANNN! :D

Berehat dan makan! Seeweed memang menjadi teman sejati di sana. Kengkonon nak cuba menjadi orang Korea kejap lah kan? Haaha!

Bila perut dah kenyang, barulah boleh berjalan dan bergambar sepuas-puasnya. Kalau perut masing-masing mogok lagik, kita makan lagik dan lagik. HAHA

Amboi abah. Melompatnya tu dah macam tak ingat ada penyakit gout di kaki. Tapi Alhamdulillah, abah tak sakit kaki langsung di Korea. Eh, mungkin kena duduk Korea lagik lama ni. Haha.

Sempat buat orang salji di Nami Island. :)

Kalau di rumah, heater akan sentiasa di on kan, so bila balik dari keluar ke mana-mana, badan akan cepat terasa panas. Tapi di Nami Island pun ada heater tau. Cuma ianya menggunakan cara manual. Macam mana caranya? HAHAH

Cara manual untuk memanaskan kaki dan tangan di Nami Island! Tehee! :D

Sebenarnya, kat Nami Island takde apa sangat, cuma pemandangan dan panorama dia memang superb cantik. Kalau fotographer yang kengkonon nak amek gambar tempat-tempat cantik tu, daku suggest Nami Island boleh jadi sumber ilham korang untuk buat masterpiece masing-masing. :)

Kreatif juga ya orang Korea. Mereka lekatkan tin-tin kosong di batu sampai jadi karat, dan akhirnya jadiklah seni! Wow! :)

First time pergi Nami Island, first time jugak masuk toilet dekat sana. Sebelum masuk, dalam kepala dah terbanyak-banyakkan keadaan yang busuk atau kotor, tapi sekali masuk rupanya dalam toilet bukan sahaja boleh online, tapi siap ada buku-buku sekali dengan raknya dalam toilet! Patutlah orang kata rakyat Jepun dan Korea masing-masing rajin membaca. Dalam toilet pun dah rupa perpustakaan! Hihi. 

Terima kasih pada pelancong dari Indonesia yang sudi ambikkan gambar kami sekeluarga. Jasamu dikenang! :)

 Incase kalau kau semua rasa lapar atau nak cari tempat makan, di Nami Island pun ada restoran dan jual makanan halal. Tapi kalau masing-masing tak confident, dinasihatkan untuk bawak bekal sendiri dari rumah. Takdelah tertanya-tanya halal ke tak makanan di sana, walaupun memang ada yang menjual makanan halal. Okay murid-murid? :D 

Sejuk-sejuk, eloklah makan pau kacang merah panas. Barulah berasap di mulut sebab sejuk dan panas. hihi.

Dah alang-alang berada di Korea dan Nami Island, rugilah kalau tak amek gambar dengan tempat kenangan drama Winter Sonata. Bukan senang nak jumpa dan tengok dengan mata kepala sendiri segala potret dan segala barangan yang digunakan dalam Winter Sonata kan? Mohlah bergambar sampai lebam! Haha



Lepas ni memang Junsang tidur mimpikan daku hari-hari. Dah bagi ciuman percuma kot! Hahaha

Itu adalah iceman original yang dibuat untuk drama Winter Sonata dulu, tapi sebab dah ramai sangat orang amek gambar kat situ, diconteng-contengnya batu tu dengan tandatangan masing-masing. Cis bedebah! 

Untung kalau berada di Korea, segala tempat-tempat yang pernah digunakan untuk drama pecah panggung di sana, pasti menjadi tempat tumpuan pelancong. Dan paling best, segala peralatan atau apa yang digunakan pasti akan dijadikan sebagai tugu atau pameran untuk para pelancong luar macam daku ni ha. Jadik bila tengok segala benda, mulalah tengok dengan mulut terlopong. Hee. 

Memorial Park. ;)

Memang betullah kata orang, dah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Dah alang-alang daku di Nami Island, memang banyaklah gambar sendiri di sana. Bukan sebab syok sendiri, tapi untuk memori berada di tempat orang. Ada rezeki, boleh jugak kongsi dengan kome-kome semua. Tak gitu? Haaa. 

Bam-bam Elie! Haha.

Kalau baca tajuk entry kali ni, pasti semua pun tahu entry ini separuh jalan sahaja. Sebabnya banyak lagik gambar dan cerita yang bakal diceritakan untuk kau semua. Tapi tunggu lepas segala assigment siap dihantar, baru boleh taip entry panjang lebar mencecah lantai. Okay?

Next entry, kau teka lah daku nak cerita kami dan keluarga berjalan di mana. Hey, cerita di Nami Island baru masuk hari ketiga tau. Ada lagik baki 9 hari kami di Korea. Haa. Kalau nak tahu, tunggu next entry! 

KLUNYA SEPERTI DALAM GAMBAR DI BAWAH....

Teehee! :D


Seluar warna warni dan sila tengok poster di sebelah. :D

Haha. Agak-agak, dapat teka tak apa isi tentang entry seterusnya?

Hihi.

Terima kasih membaca, dan selamat meneka semua!

Jaga diri dan jumpa di lain entry.

Assalamualaikum! :)

p/s: Gambar di Korea sangat banyak sampai diri sendiri pening nak cari! Haha